Wednesday, February 9, 2011

Bad Luck -,-

8/2/2011, lebih kurang pukul 11 malam, plan nak lepak dekat Wangsa Maju. Sebelum tu kene la kutip si Muss ni. Baru je gerak nak gerak dari rumah tiba, tiba-tiba motor tak stabil ke kanan dan ke kiri. Rasa pun berat semacam. Time tu dah la dekat line belah kiri. Berhenti tepi kejap, cek motor rupanya tayar bocor. Huahua malang betul nasib. Terpaksa la tunda motor patah balik ke rumah Muss ni. Menggila kami dibuatnya fikir camana nak tukar tiub malam buta cenggini. Call Fahmi jap, suruh cari pomen. (Betui ka eja?) Haa nasib baik lah ada. Abg pomen cakap 15min dari Karak ke Melawati dah sampai. Laju betul ni. Haha. Tapi kene kutip abg pomen ni dekat Caltex. Nasib baik jiran dia bagi pinjam motor. Selepas itu, tiub pun sudah ditukar lalu kami pun gumbira. Pukul 1 baru la sampai Wangsa Maju. Sampai je kene bahan, sial lah kamu. Hahaha.

No comments:

Post a Comment